Wednesday 24 September 2014



Tuesday 23 September 2014

Integriti

Nilai, Etika, Integriti PENJELASAN Nilai, Etika dan Integriti adalah tiga kata kunci terpenting yang mendasari PIN perlu diperjelaskan. NILAI Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negatif. \ ETIKA Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen. 1. Etika Individu Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain. 2. Etika Organisasi Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam Pelanggan. 3. Etika Profesyen Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Antara profesyen yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakaunan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesyen yang dipraktikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan. INTEGRITI Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. 1. Integriti Individu Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya. 2. Integriti Organisasi Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. 3. Integriti Penjawat Awam Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain. Kesimpulan Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.

Wednesday 17 September 2014

Kemahiran Belajar Cemerlang



Kemahiran Literasi Maklumat


Oleh: Abdul Hafiz Bin Mustafa J1.4
PPISMP Ambilan Jun 2014

Bahan Rujukan

Rashidah Abu Bakar.(2011, October 25). Alat Muzik Tradisional Melayu. Retrieved 2014, September 17. From http://shidaburn-shida.blogspot.com/

Chin Choy Keng.(2013, April 18). Alat Muzik Tradisional Kaum-Kaum Di Malaysia. Retrieved 2014, September 17. From http://choykeng.blogspot.com/2013/04/alat-muzik-tradisional-kaum-kaum-di.html

Jane Cheah.(2011) Asas Teori Muzik. Retrieved 2014, September 17. From http://janecheahblogger.blogspot.com/p/asas-teori-muzik.html

http://integritiguide.blogspot.com/p/penjelasan-etika-dan-integriti-adalah.html

Pengenalan Tugasan Kemahiran Belajar


          Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
        
          Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan Limpah-Nya saya Abdul Hafiz Bin Mustafa dan Hilmanuddin Bin Abdullah dapat menyiapkan tugasan untuk subjek Kemahiran Belajar di bawah bimbingan Puan Haslina Bt. Hassan. Kami ingin menggucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah kami iaitu Puan Haslina Bt Hassan kerana dengan bimbingan dan sokongan yang telah beliau berikan kepada kami, ibu bapa, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang telah memberi kami sokongan samaada secara langsung mahupun tidak secara langsung.

           Tugasan ini merupakan sebuah tugasan yang melibatkan penggunaan media sosial iaitu blog untuk menyampaikan maklumat. Kami ditugaskan secara berkumpulan untuk mencipta sebuah laman web tersendiri bagi menyampaikan maklumat mengenai pembelajaran kami di IPG. Kami telah memilih subjek Pendidikan Muzik sebagai subjek utama di dalam web ini kerana kami merupakan pelajar jurusan Pendidikan Seni Muzik (SK).

           Kami berharap agar apa yang telah kami usahakan ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat kepada rakan-rakan ataupun pungunjung-pengunjung laman web kami. semoga apa yang kami kongsikan dapat membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat luar mengenai Pendidikan Muzik.

 Mari Kenali Alat Muzik Tradisional

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA

 ALAT MUZIK KAUM MELAYU

Kompang
 
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.


Gambus
 
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.


Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM CINA
  

Erh Hu

Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.

 



 
Pipa

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.


Seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.  Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.


ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM INDIA
Dholak
 
Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

Tabla

Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat  terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.
Veena

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain.
 

 
 
 

 

Asas teori muzik

1. Carta Nama Not, Jenis-jenis Not, Simbol Not dan Nilai Not.




Huraian Persamaan Nilai Not.




Tanda-tanda Rehat (Rest)




Baluk. 

Baluk terdiri dari lima garis selari dan empat ruang yang digunakan untuk menulis not-not muzik.



Garisan-garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas. Garisan paling bawah dipanggil garisan pertama, begitu juga dengan ruang yang paling bawah disebut sebagai ruang yang pertama. Not-not muzik ditulis pada garis dan ruang.

Klef

Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis pada awal setiap baluk. Klef menentukan not-not pada baluk mempunyai nama (A,B,C,D,E,F,G).

Klef Treble
Klef ditulis pada awal baluk.


Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel


• Not-not pada Ruang.




• Not-not pada Garisan




• Not-not pada Ruang dan Garisan


Klef Bes (Bass)



Klef ditulis pada awal baluk.
• Klef bass menetapkan garis ke 2 dari atas sebagai garis F

Notasi Pada baluk Dalam Klef Bass



• Not-not pada Ruang.




• Not-not pada Garisan.




• Not-not pada Ruang dan Garisan


Garisan Leger. ( Garisan Bayangan @ Tambahan )




• Garisan leger bagi klef treble


• Garisan leger bagi klef bass


Tanda Kromat